SEREMBAN – Peniaga yang masih terus menjalankan perniagaan di luar kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Rasah Jaya di sini boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mambau Yap Yew Weng berkata beliau menerima banyak aduan daripada pihak sekolah dan ibu bapa mengenai perkara itu.
“Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap peniaga yang didapati berniaga di luar kawasan sekolah ini yang bukan sahaja menganggu kesesakan lalu lintas malah membahayakan keselamatan murid-murid sekolah.
“Malahan makanan yang dijual diragui dari segi kebersihan dan status halal,” katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di sini, hari ini.
Yap juga berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak Majlis Perbandaran Seremban dalam masa terdekat untuk menangani isu tersebut. – Bernama










