DUNGUN 7 Okt. – Tiga sahabat warga Indonesia berjaya diselamatkan oleh orang awam dan pihak bomba setelah nyaris lemas ketika sedang leka mandi-manda di Pantai Paka, di sini tengah hari tadi. Dalam kejadian pukul 1 petang itu, mereka yang berumur lingkungan 22 hingga 23 tahun telah diheret arus deras ke tengah laut. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Penolong Penguasa Bomba Mohd Rezuan Adnan ketika dihubungi berkata, pihaknya menerima panggilan…










