SEPANG – Pemandu kereta Hyundai dan dua rakannya direman lagi bagi membantu siasatan kematian seorang kakitangan Telekom Malaysia (TM) Unifi yang dilanggar lari di hadapan bangunan Shaftbury di Cyberjaya pada Khamis lalu.
Reman selama lima hari itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh Wan Amirah Wan Alias, 31.
Tiga yang direman itu ialah pemandu kereta Hyundai iaitu Ahmed Abdil Ali, 23, dan dua rakannya yang dikenali sebagai Murad dan Sanad. Ahmed Abdil dan Murad, 20, merupakan warga Libya manakala Sanad warga Yemen, 22.
Ketiga-tiga lelaki yang ditahan itu dikatakan pelajar sebuah universiti swasta di Cyberjaya.
Majistret Yusna Khadijah Md. Yusop membenarkan pemandu kereta warga Libya dan dua rakannya direman lima hari bermula semalam hingga Sabtu ini.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.











