Tidak perlu lagi merungut isu tol - Utusan Malaysia

Tidak perlu lagi merungut isu tol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SEBELUM Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Pakatan Harapan (PH) semasa kempennya tidak ketinggalan menyediakan manifesto menarik iaitu mahu hapuskan bayaran tol lebuh raya.

PH mengambil tindakan senang sahaja iaitu mahu hapuskan tol projek lebuh raya yang diperkenalkan oleh kerajaan terdahulu, Barisan Nasional (BN).

Sepatutnya bayaran tol diteruskan sahaja dan terpulang kepada pemandu pelbagai kenderaan sama ada hendak menggunakan laluan tol lebuh raya atau jalan lama.

Malangnya, BN dalam kempennya ketika PRU Ke-14 lalu tidak bertegas langsung dalam kempennya termasuk berkata; ‘kami tidak akan berikan tol percuma bila menang nanti.’

Apa yang menariknya, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika berada di Bali, Indonesia baru-baru ini berkata, pembinaan lebuh raya tanpa mengenakan kutipan tol tidak mungkin dapat diwujudkan.

Justeru itu, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah pula menggesa kerajaan PH mengakui hakikat kegagalan mereka untuk menunaikan janji-janji yang mereka berikan kepada rakyat sebelum pilihan raya.

Semasa kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Port Dickson, baru-baru ini, semua calon yang bertanding sanggup main isu mengarut iaitu sanggup memperlekeh antara satu sama lain tanpa ada yang berani berkata; ‘jika diberi peluang menang, kami mahu mendesak kerajaan supaya menaikkan harga tol serta minyak petrol.’

Sesungguhnya, penduduk di negara ini tidak mahu mengakui langsung hakikat hidup yang sebenarnya dan mereka yang menggunakan lebuh raya hari ini adalah dari kategori golongan hidup senang-lenang. Sekarang penduduk di negara ini lebih berminat mengguna slogan ‘perlu pandu laju asal cepat sampai ke destinasi.’.

PENJAGA TOL BERWIBAWA

Senawang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN