Tiada siapa terlepas hukuman - Utusan Malaysia

Tiada siapa terlepas hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH 17 Okt. – Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo mendakwa Arab Saudi berjanji bahawa tiada siapa akan terlepas daripada siasatan berhubung kehilangan wartawan, Jamal Khashoggi.

“Mereka tidak akan membiarkan sesiapa pun terlepas,” kata Pompeo ketika ditanya sekiranya ahli keluarga diraja Arab Saudi mungkin terlibat dalam kes berkenaan.

Terdahulu, Pompeo mengadakan pertemuan dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan beberapa pemimpin kanan lain berkaitan kes terbabit sebelum berlepas ke Turki untuk bertemu Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Presiden AS, Donald Trump mengarahkan Pompeo ke Riyadh bagi menyelesaikan krisis berkenaan.

Khashoggi dilaporkan hilang pada 2 Oktober lalu selepas dia memasuki bangunan konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki ketika mahu mendapatkan dokumen perkahwinannya.

Para pegawai di Turki mendakwa, Khashoggi yang juga merupakan warga Amerika, dibunuh di dalam bangunan tersebut.

Pompeo menyifatkan pertemuannya de­ngan pemimpin Arab Saudi disifatkan berjaya kerana Riyadh berjanji melakukan siasatan penuh yang telus.

Namun ketika di­tanya wartawan sekiranya Arab Saudi ada memaklum beliau sama ada Khashoggi masih hidup atau mati.

“Saya tidak mahu bercakap mengenai­nya. Mereka juga tidak mahu mendedahkan apa-apa agar mempunyai peluang menyelesaikan siasatan dengan baik,” jelas Pompeo. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN