Tiada Ronaldo, tiada masalah - Utusan Malaysia

Tiada Ronaldo, tiada masalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID 12 Okt. – Sekalipun tidak memiliki bintang prolifiknya, Cristiano Ronaldo, juara Eropah, Portugal masih mampu menumpaskan Poland 3-2 hari ini, sekali gus mengampiri separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA.

Penyerang muda Sevilla, Andre Silva menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-52 dalam perlawanan di Chorzow untuk mengungguli Kumpulan 3 serta menduduki kedudukan teratas Liga A.

Terdahulu, Krzysztof Pia­tek meletakkan Poland di depan pada minit ke-18, sebelum Silva menyamakan kedudukan 13 minit kemudian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Portugal bagaimanapun mempunyai kelebihan selepas Kamil Glik menyumbat gol sendiri, namun bek kanan Poland Bartosz Bereszynski melegakan mereka apabila menyamakan kedudukan 34 minit selepas itu.

Portugal kini mempunyai enam mata sepanjang dua perlawanan, lima mata me­ngatasi Poland dan Itali.

Hanya juara kumpulan akan mara ke peringkat empat terakhir, Jun depan.

Keputusan seri antara Poland dan Itali di Chorzow Ahad lalu membolehkan Portugal menjadi pemenang kumpulan.

Skuad kendalian Fernando Santos itu kemudian akan menentang Scotland dalam aksi persahabatan, Isnin depan.

“Secara keseluruhan kami mendominasi perlawanan. Poland bermula baik namun kami gagal mengawal mereka sebelum kami memenangi perlawanan,” kata Santos.

Ia adalah kemenangan ketiga berturut-turut Portugal tanpa kelibat Ronaldo, yang tidak dipanggil sejak penghijrahannya dari Real Madrid ke Juventus pada musim panas. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini