Tiada penyelesaian berhubung dana parti politik - Utusan Malaysia

Tiada penyelesaian berhubung dana parti politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Pakatan Harapan (PH) masih gagal mencari jalan penyelesaian berhubung dana politik bagi tujuan pembiayaan kepada parti-parti politik di negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ada cadangan untuk menggunakan kaedah yang digunakan di Jerman di mana kerajaan menyalurkan wang kepada parti-parti politik bagi mengelakkan rasuah namun perkara tersebut masih belum diputuskan.

“Hakikatnya parti politik perlu ada pembiayaan kewangan tetapi bukanlah berbilion.Mesyuarat hari ini masih tidak dapat putuskan bagaimana parti politik akan dibiayai.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita sedang kaji bagaimana parti-parti politik boleh berfungsi tanpa bantuan mana-mana pihak,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini