PORT DICKSON 9 Okt.- Tiada masalah untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, Sabtu ini, selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan tarikh pada bulan depan untuk mendengar kes berkaitan kelayakan Anwar bertanding dalam pilihan raya itu. Pengarah Komunikasi PKR, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil berkata, pihaknya berpegang kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang memberi pengampunan penuh kepada Anwar…










