PORT DICKSON 1 Okt. – Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson berjalan dengan baik tanpa sebarang kekecohan dan provokasi setakat ini. Timbalan Ketua Polis daerah, Deputi Superitenden Mohd. Faisal Mohd. Noor berkata, sebanyak empat permit ceramah telah dikeluarkan iaitu tiga kepada Pakatan Harapan (PH) dan satu Pas. “Kita mendapat kerjasama yang sangat baik daripada calon, wakil calon mahupun penyokong-penyokong. Justeru, kita harapkan keadaan aman ini berterusan sehingga selesai…










