MATANYA terkenyit-kenyit dek terkena pancaran cahaya matahari. Lantas, dia mengeluarkan cermin mata hitam dari beg sandang yang dibawa lalu memakainya dengan penuh gaya. Jurina Saad, 50, memerhatikan keadaan sekeliling dengan penuh rasa teruja. Dia kemudian mengeluarkan telefon pintar iPhone untuk merakamkan beberapa keping gambar pemandangan yang terbentang luas tidak ubah seperti sebuah padang pasir. Kata Jurina, dia paling tidak sabar untuk menjejakkan kaki ke The Pinnacles yang terletak kira-kira 200…










