KUALA LUMPUR – Polis menahan bapa saudara kepada kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang terperangkap dalam mesin basuh di sebuah dobi layan diri di Bukit Sentosa, Rawang dekat sini semalam. Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bak Phai berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor kira-kira pukul 11 malam semalam. “Suspek dipercayai memasukkan anak saudaranya ke dalam mesin basuh dengan niat untuk…










