Teroka potensi 1.8 bilion umat Islam - Utusan Malaysia

Teroka potensi 1.8 bilion umat Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Okt.– Ekonomi digital Islam menawarkan potensi yang sangat besar dan usahawan teknologi disaran memanfaatkan 1.8 bilion umat Islam di seluruh dunia bagi meluaskan pasaran produk mereka.

Pengurus Negara bagi Malaysia Aplikasi Muslim Pro, Nik Emir Din berkata, antara trend Industri 4.0 adalah untuk memberi fokus kepada peralihan perniagaan dan perusahaan yang besar kepada pelanggan.

Kata beliau, Muslim Pro kini memiliki 60 juta pengguna di seluruh dunia mengatasi aplikasi perkongsian kenderaan yang mana ia mencerminkan kuasa ekonomi Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semakin banyak jurang yang boleh dipenuhi dalam ekonomi digital Islam dan para pelanggannya termasuk gaya hidup mereka,” katanya semasa Forum Bakat Masa Hadapan anjuran Institut Kewangan dan Perbankan Islam Malaysia (IBFIM) di sini hari ini.

Sementara itu, ahli panel Risiko Pembangunan Pasaran dan RegTech di Thomson Reuters, Robin Lee berkata, Malaysia merupakan ibu pejabat serantau kepada beberapa syarikat teknologi gergasi global dan menjadi pilihan kerana memiliki apa yang diperlukan untuk mencapai objektif digital strategik.

“Ibu pejabat Asia Pasifik Dell berada negara ini dan semua proses pembuatan dibuat di Malaysia dan ia sama se­perti Western Digital dan Intel. Kita sebenarnya memiliki satu kele­bihan untuk bermula dan berada di hadapan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi IBFIM, Datuk Mohamed Rafique Merican berkata, pengenalan Kerangka Kerja Ekonomi Islam pada tahun ini berperanan sebagai panduan bagi mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai pe­ne­raju dalam pasaran digital Islam di peringkat serantau dan global.

Menurutnya, walaupun tek­nologi boleh membawa kepada kesan disruptif, namun jika berjaya menanganinya ia bakal menyediakan potensi yang sangat luas.

Menurut Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), ekonomi digital menjadi pemacu pertumbuhan utama kepada negara dengan me­­nyumbang sebanyak 18.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2016 dan dijangka mencapai 20 peratus menjelang 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini