'Terlalu sedih untuk menangis, terlalu geram untuk menjerit' - Nooryana Najwa - Utusan Malaysia

‘Terlalu sedih untuk menangis, terlalu geram untuk menjerit’ – Nooryana Najwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penahanan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberi kesan mendalam terhadap anak perempuannya, Nooryana Najwa Najib.

Menggambarkan perasaannya kini sebagai ‘terlalu sedih untuk menangis, terlalu geram untuk menjerit’ di laman Instagramnya, Noorynana Najwa dalam tulisan yang penuh emosi menjelaskan dia dapat menerima tindakan ke atas bapanya selaku pemimpin, namun meletakkan ibu dan neneknya pada situasi sama adalah perbuatan melampau.

“Kamu menyerbu rumah ibunya pada dua minggu lalu, hari ini kamu menahan isterinya dan merancang untuk mendakwa wanita itu pada hari yang sama suaminya berada di mahkamah.

“Rasanya esok ia akan menghasilkan gambar terbaik dan media ‘sarkis’. Panggilan yang ditakuti masuk pada pukul 4 pagi. Terlalu sedih untuk menangis, terlalu marah untuk menjerit. Saya baru bangun, mengambil wuduk dan solat tahjud untuk ibu,” tulisnya.

Rosmah bakal berhadapan dengan beberapa pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 8 pagi esok.

Suami Rosmah, Datuk Seri Najib Tun Razak pula sekali lagi dipanggil Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman, Kuala Lumpur bagi membantu siasatan berhubung skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN