KUALA TERENGGANU 5 Okt. – Pemain gantian Terengganu, Abdul Malik Mat Ariff muncul wira apabila berjaya menjaringkan gol tunggal, menundukkan JDT dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini malam ini. Percaturan pengendali skuad Penyu, Irfan Bakti Abu Salim berhasil dengan memasukkan Abdul Malik menggantikan Mohd Ashari Samsudi pada minit ke 60 babak kedua setelah kedua-dua pasukan tanpa jaringan. Jaringan Abdul Malik pada…










