KUALA LUMPUR 20 Okt. – Kontinjen Terengganu berjaya mempertahankan gelaran juara Kejohanan Olahraga Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) selepas unggul dengan pungutan lima pingat emas, tiga perak dan satu gangsa dalam saingan yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh. Jurulatih Terengganu, Mohd. Amiludin Mohd. Amin berkata, dia amat berpuas hati dengan pencapaian anak-anak buahnya pada temasya edisi ke-20 itu selepas empat daripada lima emas tersebut melakar rekod baharu. “Norafaeza Abullah sumbang dua emas menerusi pecut 100 meter, termasuk 200m yang mencatat rekod baharu, manakala tiga lagi daripada Nur Shahdan Muhammad setelah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya