KUANTAN 30 Okt. – Seramai 40 peserta menyertai Kursus Terapi Qun (UTQ) yang merupakan satu kaedah rawatan tradisional dan alternatif bagi menangani masalah sakit fizikal serta dalaman.
Pengasas UTQ, Qun Hisyam berkata, tujuan kaedah ini diperkenalkan ialah untuk mengesan masalah dengan lebih mudah, mengenalpasti ikhtiar, mengurangkan penggunaan tenaga juruterapi dan membenarkan sistem tubuh sendiri merawat masalah kesihatannya.
Menurutnya, merujuk artikel Spinal Cord Injury yang diterbitkan oleh World Health Organization pada November 2013, setiap tahun di seluruh dunia, seramai 250,000 dan 500,000 orang mengalami kecederaan saraf tunjang.
“Artikel berkenaan menyatakan orang yang mempunyai kecederaan saraf tunjang berisiko mati lebih awal sebanyak dua hingga lima kali lebih daripada orang tiada kecederaan saraf tunjang.
“Salah satu punca menyumbang kepada masalah ini ialah cara bekerja terutamanya mereka yang bekerja memandu, bahagian panel operator dan mengangkat barangan berat,” katanya di sini, baru-baru ini.










