BAITULMUQADDIS 16 Okt. – Tentera Israel terus memasuki kawasan perkampungan penduduk Badwi, Khan al-Ahmar buat hari kedua berturut-turut hari ini bagi melakukan kerja-kerja merobohkan kediaman mereka. Al-Jazeera melaporkan, sebanyak tiga jentolak dan beberapa jentera berat lain dilihat memasuki kawasan perkampungan tersebut. Semalam, sekurang-kurangnya tujuh orang cedera dan empat lagi ditahan selepas didakwa cuba menghalang tentera Israel memasuki kawasan perkampungan mereka. – AGENSI










