BENTONG 19 Okt. – Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah hari ini berkenan menghadiri majlis kesyukuran dan doa selamat sempena memuliakan ulang tahun hari keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.
Majlis yang diadakan di Masjid Sultan Ahmad Shah Bentong di sini itu turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat kerajaan negeri, pemimpin setempat dan kira-kira 1,000 hadirin.
Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat diikuti solat maghrib yang diimamkan oleh Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman. – UTUSAN ONLINE









