Azolla pinnata merupakan makanan alternatif bagi haiwan ternakan seperti ayam, itik dan lembu. Azolla adalah sejenis tumbuhan yang terapung di atas permukaan air dan akarnya tenggelam di dalam air. Azolla juga dikenali sebagai mosquito fern, duckweed fern, fairy moss dan water fern serta daripada genus tujuh spesies pakis akuatik dalam keluarga Salviniaceae. Azolla dikenali mempunyai bentuk yang unik, tidak kelihatan seperti pakis biasa, tetapi lebih menyerupai duckweed atau beberapa lumut.…










