JELEBU 12 Okt. – Sebahagian tebing jalan raya di Jalan Seremban-Simpang Pertang, berhampiran Bukit Tangga dekat sini runtuh akibat hujan lebat pagi tadi. Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Jelebu dalam satu kenyataan memberitahu, kejadian berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi melibatkan kedalaman lebih 15 meter (m) dan sepanjang 12m dengan lebar 7.5m. Menurut kenyataan itu, susulan kejadian itu, jalan utama dari arah Seremban ke Kuala Klawang ditutup selorong kepada semua kenderaan. “Para pengguna jalan raya yang melalui jalan Seremban-Simpang Pertang dinasihatkan berhati-hati semasa melalui kawasan berkenaan. “Pihak JKR daerah telah melakukan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya