KUALA LUMPUR 14 Okt. – Tarikh akhir untuk memuktamadkan rundingan awal bagi penjualan aset komersial bernilai berbilion ringgit di Fasa 2 Battersea Power Station di London kepada Permodalan Nasional Bhd (PNB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah dilanjutkan untuk kali ketiga kepada akhir tahun ini. PNB, KWSP dan vendor, Battersea Phase 2 Holding Company Limited (Battersea Phase 2 Holdco) telah mencapai persetujuan untuk melanjutkan tempoh eksklusif berkaitan urus niaga…










