Tangki buangan minyak hitam terbakar - Utusan Malaysia

Tangki buangan minyak hitam terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 2 Okt. – Sebuah tangki buangan minyak hitam di sebuah kilang yang sudah ditutup terlibat kebakaran di Lot 1, Jalan Chan Sow Lin di sini petang tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan pukul 3.20 petang sebelum tiba di tempat kejadian lapan minit selepas itu. “Api dapat dikawal kira-kira tiga minit selepas itu dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. Tambahnya, kilang tersebut sudah ditutup untuk tujuan pembangunan lain. – UTUSAN ONLINE

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN