Tangguh projek rakyat khianat kepada amanah, kepercayaan pengundi - Utusan Malaysia

Tangguh projek rakyat khianat kepada amanah, kepercayaan pengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 3 Okt. – Pergerakan Wanita UMNO menyifatkan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menangguhkan projek rakyat yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini sebagai pengkhianatan kepada amanah dan kepercayaan pengundi.

Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Norliza Abd. Rahim
Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Norliza Abd. Rahim 

Sambil melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan PH itu, Naib Ketuanya, Datuk Norliza Abd. Rahim berkata, keputusan itu juga dibuat ketika kerajaan PH gagal menunaikan janji-janji seperti di dalam manifesto mereka.

Dalam konteks di Pulau Pinang, Norliza yang juga Ketua Wanita UMNO negeri turut melahirkan rasa kecewa selepas beberapa projek membabitkan kepentingan orang Melayu dan umat Islam turut ditangguhkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita difahamkan terdapat beberapa projek membina dan menaik taraf masjid, surau, sekolah agama dan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di bawah peruntukan khas ketika kerajaan BN ditangguhkan.

“Ini menimbulkan rasa bimbang dan kecewa khususnya dalam kalangan umat Islam di kawasan terlibat selain mencetuskan tanda tanya berhubung kesungguhan kerajaan PH membela agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam masa sama, Norliza turut menggesa pihak berkuasa agama di negeri ini khususnya Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memainkan peranan lebih agresif mendesak kerajaan PH supaya menyegerakan projek-projek yang sudah diluluskan berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini