PULAU PINANG 3 Okt. – Pergerakan Wanita UMNO menyifatkan keputusan kerajaan Pakatan Harapan (PH) menangguhkan projek rakyat yang diluluskan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini sebagai pengkhianatan kepada amanah dan kepercayaan pengundi. Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Norliza Abd. Rahim Sambil melahirkan rasa kesal dengan tindakan kerajaan PH itu, Naib Ketuanya, Datuk Norliza Abd. Rahim berkata, keputusan itu juga dibuat ketika kerajaan PH gagal menunaikan janji-janji seperti di dalam…










