GEORGE TOWN – Pasukan penyelamat akan meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima lagi mangsa yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini selepas mendapat kebenaran daripada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG). Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Saadon Moktar berkata ketika ini pasukan JMG sedang membuat pemeriksaan di kawasan tanah runtuh bagi melihat sama ada terdapat sebarang pergerakan tanah di situ sebelum…










