PULAU PINANG 23 Okt. – Selepas masuk hari kelima pencarian, operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau di sini, akhirnya dihentikan kira-kira pukul 5.35 petang ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Saadon Moktar berkata, langkah itu diambil selepas unit anjing pengesan polis (K9) mengesahkan tiada sebarang tanda mangsa yang belum ditemukan. “Pencarian ini dibuat mengikut SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan dan kita berterima…










