GEORGE TOWN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Kukus, Paya Terubong dekat sini disambung hari ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Saadon Moktar berkata, operasi SAR yang memasuki hari keempat hari ini bermula pada pukul 8 pagi selepas ditangguhkan pada pukul 7 malam semalam. Beliau berkata, operasi SAR pada hari ini memberi tumpuan kepada mencari kontena…










