PULAU PINANG 22 Okt. – Operasi mencari seorang lagi pekerja warga Bangladesh yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus, Relau di sini, berterusan pada malam ini. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) negeri, Saadon Moktar berkata, kerja-kerja mengorek sisa runtuhan akan diberi tumpuan di kawasan pencarian zon tiga. Beliau memberitahu, berdasarkan penemuan mayat kesembilan kira-kira pukul 5 petang tadi, pasukan penyelamat percaya seorang lagi mangsa dikenali sebagai…










