KUALA KUBU BHARU – Satu kejadian tanah runtuh yang membabitkan jalan tar sedalam enam meter dan berkeluasan 4.6 meter persegi dilaporkan telah berlaku berdekatan dengan Empangan Sungai Tengi di sini hari ini. Insiden tersebut juga telah menyebabkan bahagian depan sebuah kereta pacuan empat roda Toyota Hilux ‘terjunam’ ke dalam rekahan tanah runtuh berkenaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Penolong Penguasa Bomba Kamil Hamadan berkata, sejurus daripada itu pemandu kenderaan tersebut keluar menyelamatkan diri dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan. “Sewaktu kejadian tiada individu lain di lokasi. Pihak kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya