Tanah runtuh, 10 pekerja kontrak tertimbus - Utusan Malaysia

Tanah runtuh, 10 pekerja kontrak tertimbus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN – Kira-kira 10 pekerja kontrak dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak pembinaan lebuh raya berkembar dari Paya Terubong ke Relau di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.

Kesemua mangsa dikatakan berada di dalam empat buah kontena yang didirikan di atas bukit kawasan pembinaan itu.

Jurucakap bomba berkata, usaha mencari dan menyelamat mangsa sedang dijalankan ketika ini.

Difahamkan, mayat mangsa pertama berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 3.40 petang tadi. – K! ONLINE

Anggota bomba mencari mangsa yang tertimbus.
Anggota bomba mencari mangsa yang tertimbus.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN