SHAH ALAM – Hasrat seorang aktivis haiwan membela 120 kucing terbiar di sebuah taman rekreasi di Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang tidak kesampaian apabila kawasan itu didakwa bertukar hak milik menjadi Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa. Aktivis Jamil Ismail, 48, berkata, perubahan pemilikan kawasan tersebut hanya diketahuinya tiga minggu lalu susulan pemasangan papan tanda pusat khidmat DUN di taman seluas 0.8 hektar itu. “Saya cuba mendapatkan penjelasan daripada…










