KUALA LUMPUR 12 Okt. – Gara-gara tidak mahu membayar denda kehilangan kad pengenalan (MyKad), seorang tukang masak membuat laporan palsu dengan mendakwa dirinya disamun tiga lelaki bermotosikal ketika berada di Jalan SP 3/11 Saujana Puchong Batu 14, Puchong dekat sini kelmarin. Namun tindakan itu tidak berjaya apabila perbuatannya diketahui ketika siasatan polis terhadap lelaki berusia 40-an itu yang kemudiann mengaku membuat laporan palsu. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner…










