Tajikistan lakar kejutan layak ke final AFC B-16 - Utusan Malaysia

Tajikistan lakar kejutan layak ke final AFC B-16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Tajikistan mencipta sejarah layak ke final Kejuaraan Bawah 16 (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) buat julung kali selepas menewaskan juara dua kali, Korea Selatan 7-6 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, di sini malam tadi.

Perlawanan berkenaan terpaksa ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat  1-1 pada aksi penuh perlawanan.

Kemenangan itu menyaksikan pasukan dari Asia Tengah itu bakal membuat perhitungan dengan Jepun pada aksi final di Stadium Nasional Bukit Jalil, Ahad ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, Jepun yang merupakan juara dua kali mengesahkan tiket ke final selepas menang bergaya 3-1 ke atas Australia dalam satu lagi aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Nasional, petang tadi.

Pada aksi malam ini, Tajikistan terlebih dahulu berada di depan seawal minit kedua perlawanan menerusi Panzhiev Ozodbek yang menolak masuk bola menerusi sepakan percuma yang diambil Zabirov Nidoyor.

Korea Selatan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-38 setelah Yoon Suk Ju menanduk masuk sepakan penjuru daripada rakan sepasukan dan keputusan 1-1 itu kekal sehingga perlawanan berakhir, sekali gus memaksa perlawanan ditentukan menerusi penentuan sepakan penalti.

Untuk rekod, Tajikistan dan Korea Selatan layak ke Piala Dunia B-17 di Peru tahun depan setelah mara ke separuh akhir Kejuaraan B-16 AFC. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini