SEPANG – Suspek kejadian kemalangan langgar lari di hadapan bangunan Shaftbury Cyberjaya hingga menyebabkan kematian seorang kakitangan Telekom Malaysia (TM) kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Menurut sumber, suspek dibawa ke Mahkamah Sepang di sini untuk mendapatkan perintah reman hari ini. Turut dibawa untuk mendapat perintah sama ialah dua rakannya yang merupakan warga Yemen dan Libya. “Terdapat arahan daripada pihak pendakwa untuk suspek ini disambung lagi reman…










