Suspek langgar lari di Cyberjaya direman empat hari - Utusan Malaysia

Suspek langgar lari di Cyberjaya direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Empat suspek kejadian kemalangan yang mengakibatkan kematian seorang wanita direman di Mahkamah Sepang di sini hari ini.

Penolong Pendaftar, Alpha Dragam membenarkan suspek berusia 24 hingga 32 tahun direman empat hari bermula hari ini Isnin depan.

Terdahulu keempat-empat suspek ditahan dalam dua operasi berasingan sekitar Seri Kembangan dengan Cyberjaya kira-kira pukul 12 tengah malam.

Kelmarin, Wan Amirah Wan Alias, 31, yang cedera parah dirempuh dan diseret sebuah kereta di hadapan bangunan kedai Shaftbury Cyberjaya pukul 7.34 petang disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya jam 4 pagi semalam.

Mangsa dirempuh kereta model Hyundai nombor pendaftaran BHS 7999 sebelum pemandunya bertindak melarikan diri.

Video kejadian itu menjadi tular di media sosial yang mendapat kecaman netizen berikutan suspek memandu dalam keadaan berbahaya dan sengaja melanggar mangsa.

Kereta suspek turut merempuh sebuah kereta Proton, Toyota Avanza, Perodua Myvi dan Honda City di lokasi sama sebelum melarikan diri.

Susulan itu pihak polis berusaha mengesan pemilik dan pemandu kereta dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – K! ONLINE

Warga Yemen yang ditahan reman hari ini.
Warga Yemen yang ditahan reman hari ini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN