Surat dari tirai besi buatkan Tunku Azizah menangis - Utusan Malaysia

Surat dari tirai besi buatkan Tunku Azizah menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 6 Okt. – Sepucuk surat yang diutuskan oleh lima banduan di Penjara Bentong, dekat sini bersama kain keruping bagi menzahirkan penghargaan kepada Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuatkan Tengku Puan Pahang itu sebak dan menitiskan air mata.

Lima banduan berkenaan mengikuti Bengkel Tenun Pahang Diraja di Penjara Bentong dan dikenali sebagai Atan, Gafar, Black, Jimi serta Panjang turut menurunkan cap jari mereka dalam surat itu.

Kandungan surat itu dimuat naik menerusi akaun Twitter Tunku Azizah, @cheminahsayang malam tadi.

“Hari ini saya menerima anugerah khas dari Jabatan Penjara Malaysia, terima kain keruping dari Penjara Bentong dan sepucuk surat daripada banduan-banduan yang menenun kain itu… saya menangis, sebak!,” titah baginda menerusi akaun Twitter tersebut.

Sementara itu, menerusi surat berkenaan, lima banduan tersebut menyatakan penghargaan kerana diberi peluang bertemu dan berbicara dengan Tunku Azizah secara berdepan yang sebelum ini hanya dapat dilihat dalam media massa serta atas pelbagai sumbangan baginda

kepada mereka.

“Memberi peluang pekerjaan walaupun patik semua bekas banduan membuatkan diri ini rasa dipercayai dan dihargai. Tuanku seorang pemimpin yang benar-benar berjiwa rakyat kerana sudi mencemar duli bertemu dan memberi tunjuk ajar kepada patik semua walaupun patik semua adalah banduan yang sedang menjalani hukuman di penjara,” kata mereka. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN