KUANTAN 6 Okt. – Sepucuk surat yang diutuskan oleh lima banduan di Penjara Bentong, dekat sini bersama kain keruping bagi menzahirkan penghargaan kepada Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah membuatkan Tengku Puan Pahang itu sebak dan menitiskan air mata. Lima banduan berkenaan mengikuti Bengkel Tenun Pahang Diraja di Penjara Bentong dan dikenali sebagai Atan, Gafar, Black, Jimi serta Panjang turut menurunkan cap jari mereka dalam surat itu. Kandungan surat itu dimuat…










