Sumbangan RM46,330 bantu umat Islam di Palu - Utusan Malaysia

Sumbangan RM46,330 bantu umat Islam di Palu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 17 Okt. – Sebanyak RM46,330 berjaya dikumpulkan menerusi derma orang ramai di negeri ini untuk membantu mangsa bencana gempa bumi dan tsunami di Palu di Sulawesi, Indonesia.

Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, derma itu disumbangkan menerusi Tabung Bencana Nusantara di masjid dan surau di seluruh negeri.

Menurutnya, dijangkakan lebih banyak sumbangan akan diterima setelah kempen mengutip derma untuk membantu mangsa bencana alam di Palu hanya dilancarkan pada 5 Oktober lalu.

“Sumbangan ini diharap dapat membantu saudara-saudara Islam di Palu yang ditimpa bencana dan saya percaya jumlah sumbangan akan terus meningkat selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan cek Tabung Bencana Nusantara kepada Pengerusi Aman Palestin Perak, Shaharuzzaman Bistamam di Masjid Negeri di sini hari ini.

Sementara itu, Shaharuzzaman berkata, Aman Palestin telah mewujudkan aplikasi khas untuk orang ramai memberikan sumbangan mereka iaitu ‘Jom Menyumbang’.

“Sumbangan secara online ini akan memudahkan orang ramai untuk membantu umat Islam di tempat lain terutama di Syria dan Palestin,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN