SHAH ALAM 8 Okt. – Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan memberi sumbangan RM60,000 kepada enam keluarga anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang lemas ketika operasi mencari dan menyelamat (SAR) di sebuah lombong di Puchong pada minggu lalu. Ketua Pegawai Penyelarasnya, Abdul Basith Hamid berkata, menerusi sumbangan Bantuan Sara Hidup itu, setiap keluarga akan menerima RM10,000 dan ia akan diserahkan dalam masa terdekat. Menurutnya, bantuan itu bertujuan meringankan beban…










