MELAKA 9 Okt. – Mohamadou Sumareh tidak sempat muncul dalam sesi latihan hari ini, namun pemain sayap Pahang itu melegakan ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe apabila memberi jaminan bakal menyertai rakan-rakan skuad kebangsaan di Stadium Hang Tuah, pagi esok. Sumareh, 27, berlepas serta merta ke Melaka hari ini sejurus mendapat pelepasan daripada majikannya Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP). Pemain kelahiran Gambia itu bagaimanapun tidak sempat untuk berlatih…










