ALOR SETAR 5 Okt. – Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff hari ini berangkat ke Istiadat Ziarah Makam di Makam Diraja Langgar di sini. Istiadat itu bersempena Istiadat Pertabalan Sultan Kedah Ke-29 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Okt depan di Istana Anak Bukit di sini. SULTAN Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah berkenan menziarahi makam AlMarhum Sultan Abdul Halim Muadzam…










