Sultan Selangor: Pemergian Hassan satu kehilangan besar - Utusan Malaysia

Sultan Selangor: Pemergian Hassan satu kehilangan besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 7 Okt. -Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menyuarakan rasa sedih atas pemergian Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari yang disifatkan baginda sebagai satu kehilangan besar.

Sultan Selangor bertitah, Allahyarham pernah menjadi guru agama baginda dan amat rapat dengan Almarhum Paduka Ayahanda dan Almarhum Paduka Nenda baginda.

Titah baginda, Allahyarham juga sering mengiringi baginda dan kerabat Diraja Selangor ke Mekah untuk menunaikan Haji serta Umrah di samping kerap menyampaikan ceramah serta mengajar ilmu-ilmu agama di Istana.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beta dan Tengku Permaisuri Selangor ingin mengucapkan takziah kepada waris dan keluarga Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari yang telah kembali ke Rahmatullah pada 6 Oktober 2018.

“Semoga roh Allahyarham Tan Sri Hassan Azhari ditempatkan bersama para solihin.” titah baginda menerumi laman Facebook rasmi Pejabat Istana Selangor hari ini.

Allahyarham Hassan menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 5.07 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur akibat kanser limfoma tahap empat.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin turut berkenan menghadiri majlis pengebumian itu.

Turut hadir Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah dan Tengku Panglima Besar Selangor, Tengku Abdul Samad Shah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini