Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif - Utusan Malaysia

Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) menunjukkan perkembangan positif, titah Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan pemimpin di Pahang kerana mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ayahanda baginda. 

“Alhamdulillah… saya baru dapat laporan terkini pada petang tadi bahawa tuanku masih beristirahat dan masih dalam jagaan doktor di IJN. 

“Nampak ada improvement tapi masih lagi dalam pengawasan. Sama-sama kita berdoa supaya tuanku pulih,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Sultan Pahang di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di sini, hari ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN