Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif - Utusan Malaysia

Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) menunjukkan perkemba­ngan positif, titah Pemang­ku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Tengku Abdullah

Tengku Abdullah juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan pemimpin di Pahang kerana mendoakan ke­sejahteraan serta kesihatan ayahanda baginda.

“Alhamdulillah, saya baru dapat laporan terkini pada petang tadi (semalam) bahawa Tuanku masih ber­istirahat dan masih dalam jagaan doktor di IJN.

“Nampak ada perubahan tapi masih lagi dalam pengawasan. Sama-sama kita berdoa supaya Tuanku pulih,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah demikian selepas menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat Sempena Memuliakan Ulang Tahun Sultan Pahang di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah di sini semalam.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, barisan anggota majlis mesyuarat kerajaan Pahang, ketua-ke­tua jabatan negeri dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Titah Tengku Abdullah itu secara tidak langsung menafikan kenyataan yang tular di laman media sosial semalam yang mengatakan Sultan Ahmad Shah berada dalam keada­an koma di IJN.

Sultan Ahmad Shah akan menyambut ulang tahun keputeraan baginda pada 24 Oktober ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN