JAKARTA – Pulau Sulawesi terus diancam bencana alam apabila Gunung Berapi Soputan yang terletak di daerah Minahasa, wilayah Sulawesi Utara meletus pagi semalam. Gunung itu meletus pada pukul 8.47 pagi (waktu tempatan) dan menghamburkan abu vulkanik berwarna kelabu setinggi 4,000 meter ke udara. Kepulan awan vulkanik itu bergerak menghala ke arah barat laut, namun setakat semalam ia tidak menjejaskan aktiviti penduduk atau mengganggu operasi penerbangan pesawat. Ketua Pusat Data Informasi…










