Sukma 2020 Johor: Empat daerah mungkin terlibat - Utusan Malaysia

Sukma 2020 Johor: Empat daerah mungkin terlibat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR – Kerajaan Johor hari ini memberi gambaran kemungkinan hanya empat daerah akan terlibat dalam penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 pada 2020.

Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata, daerah terbabit ialah Johor Bahru, Muar, Batu Pahat dan Kota Tinggi dengan sebahagian kerja-kerja penambahbaikan serta pembinaan kemudahan di venue terlibat sudahpun bermula.

“Ini termasuk pembinaan velodrom bernilai kira-kira RM50 juta di atas kawasan seluas 12.14 hektar di Lima Kedai, Gelang Patah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Sukan Negara 2018 Peringkat Negeri Johor di Hab Pendidikan Tinggi Pagoh, di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk  Azmi Rohani; Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kebudayaan negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Dr Sahruddin Jamal.

Mengulas lanjut, Osman berkata pembinaan velodrom itu melibatkan peruntukan kerajaan negeri dan pusat menerusi Kementerian Belia dan Sukan yang telah bersetuju membiayai separuh daripada kos.

Beliau berkata kerajaan negeri sepakat untuk menganjurkan semua acara di lokasi yang mempunyai fasiliti seperti Hab Pendidikan Pagoh bagi acara berkayak dan angkat berat manakala Universiti Tun Hussein Onn Malaysia di Batu Pahat akan menjadi venue silat dan sukan luncur air pula dijangka berlangsung di Desaru, Kota Tinggi. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini