BURIRAM, Thailand 5 Okt. – Juara dunia MotoGP tujuh kali, Valentino Rossi sedar dengan kemampuannya dan berpendapat peluang untuk dia mempertahankan kedudukan ketiga keseluruhan sehingga tamat musim ini nampak sukar.
Ketika ini Rossi memiliki kelebihan 29 mata berbanding rakan sepasukannya, Maverick Vinales dan penunggang Ducati, Jorge Lorenzo yang turut berkongsi kedudukan ketiga di dalam senarai kejuaraan dunia MotoGP.
“Saya memiliki kelebihan 29 mata di depan Maverick (Vinales) tetapi dia beraksi dengan begitu baik sepanjang separuh musim kedua sekali gus menyebabkan saya berfikir agak sukar mempertahankan kedudukan ketiga ini namun saya tetap akan berusaha untuk melakukan yang terbaik.
“Kami telah melakukan sesi ujian di sini pada Februari dan ia bukanlah satu keputusan yang bagus kerana kami kini berada di dalam tempoh yang sukar,” kata Rossi. – AGENSI











