“JIKA melihat akhlak umat Islam, belum tentu saya akan masuk Islam.” Itu antara ungkapan pembuka bicara Ahli Majlis Kebangsaan, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim), Muhammad Fitri Abdullah ketika berkongsi pengalaman memeluk agama Islam dalam forum bertajuk Antara Agama: Pengalaman Terindah, baru-baru ini. Walaupun kedengaran agak kontroversi, namun beliau yang memeluk Islam lebih 25 tahun lalu mengaku itulah realiti, sekali gus menjadi dilema bagi kebanyakan golongan bukan Islam untuk memeluk Islam.…










