KUALA LUMPUR – Pemain badminton perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei menyumbang pingat emas pertama Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Remaja 2018 di Buenos Aires, Argentina selepas membuat satu lagi kejutan dalam acara itu yang berlangsung awal pagi ini waktu Malaysia. Pemain pilihan ketiga itu menyingkirkan pilihan kedua dari China, Wang Zhiyi dengan 16-21, 21-13 dan 21-19 pada perlawanan akhir di Technopolis, demikian menurut laman sesawang temasya www.olympic.org. Jin Wei…










