Subsidi minyak lebih seimbang - Utusan Malaysia

Subsidi minyak lebih seimbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Kerajaan sedang menilai penyelesaian subsidi minyak RON95 yang lebih seimbang pada tahun hadapan apabila ia tidak terlalu membebankan negara dan pada masa yang sama masih murah untuk rakyat.

MOHD. REDZUAN MD. YUSOF
MOHD. REDZUAN MD. YUSOF 

Menteri Pembangunan Usa­hawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, kerajaan sedang membincangkan peruntukan subsidi bagi 2019, termasuk subsidi bahan api, yang dijangka diumumkan semasa Bajet 2019 pada 2 November nanti.

“Kami masih merangka (Bajet 2019). Kami masih belum me­nentukan nilai-nya (untuk subsidi) mungkin akan ada pe­ningkatan atau pengurangan (dalam subsidi bahan api). Semuanya akan di-umumkan di Parlimen (semasa Bajet 2019). Kami sedang membuat penilai­an bagaimana ke­sannya ke atas eko­nomi negara.

“Kami juga sedang berusaha ba­gi menurunkan sta­tus Malaysia sebagai ne­gara pengguna. Perbelanjaan pembangu­nan di­jangka meningkat (dalam Bajet 2019) memandangkan Ma­laysia sedang bergerak ke arah negara pengeluar,” katanya kepada pemberi­ta selepas merasmikan Beauty­expo 2018 di sini hari ini.

Beautyexpo 2018 yang dianjurkan oleh UBM Asia, bakal menyaksikan penyertaan lebih da­ripada 380 pempamer tempatan dan antarabangsa yang mewakili pelbagai jenama da­lam bidang kecantikan, rambut, kuku, alat solek, pendidikan, bahan semula jadi, kesihatan serta kosmetik halal dari 30 buah negara termasuk Jerman, Jepun, Korea Selatan dan Thailand.

Acara selama empat hari yang bermula hari ini, dijangka menarik 17,500 pe-ngunjung unik yang mencari pe­nyum­beran produk, rangkaian dan bagi menyertai program industri yang meliputi semua aspek dalam industri kecantikan.

Ekspo ini disokong oleh persatuan kesihatan dan kecantikan yang terkemuka seperti Persatuan Ahli Estetik Antarabangsa, Persatuan Spa Malaysia, AllStar Barber Connection dan Persatuan Kerjasama Cosbeauty Korea.

Sementara itu, Naib Pre-siden Kanan dan Pengarah Urusan Kumpulan UBM Asia (Perniagaan ASEAN), M. Ghando berkata, Asia Tenggara terus kekal menjadi pasaran pertumbuhan sektor kecantikan dan kosmetik.

“Menurut Euromonitor, pa­saran kosmetik dan produk penjagaan diri di negara-negara ASEAN akan terus berkembang pada kadar purata sebanyak 4.0 peratus setahun se­hingga mencecah AS$19 bi-lion (RM78.77 bilion) menje-lang 2019.

“Platform ini (Beautyexpo 2018) mempamerkan produk-produk antarabangsa, arah aliran pasaran semasa dan ino­vasi terkini termasuk menyediakan pengalaman yang lancar bagi pembeli perdaga-ngan,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN